#Hiburan: “Jadi Isteri Adalah Satu Pengalaman Yang Menakjubkan..” – Elisya Sandha

Hampir seminggu bergelar isteri orang, pelakon Elisya Sandha menganggap statusnya itu sebagai amanah yang dikirimkan Allah S.W.T. untuk dia taat dan menjadi pendamping kepada suami tercinta.

Advertisement

Merasakan pengalaman bergelar isteri adalah sesuatu yang menakjubkan, Elisya juga tidak sabar untuk melalui perkara baru setiap hari selepas ini bersama suami.

Sejujurnya saya merasakan perkahwinan adalah amanah daripada Allah S.W.T untuk menjadikan saya memiliki rasa tanggungjawab. Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Ratu Ten Pin ini menerusi sebuah hantaran Instagram Story miliknya ketika menjawab pertanyaan peminat di segmen Ask Me Question.

Malah, Elisya juga memaklumkan dia ada membuat solat istikharah sebagai petunjuk sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga tambahan di saat usianya masih muda.

IG Elisya SandhaSumber : Instagram Elisya Sandha  

Dia dalam pada itu berkata bahawa tiada kuasa untuk menolak takdir bergelar isteri pada ketika kariernya sebagai pelakon baru sahaja meningkat naik pada ketika ini.

Terdahulu, Elisya telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, Uzair Haqimy yang juga anak kepada produser terkenal, Sheila Rusly dan Jinggo dalam sebuah majlis ringkas bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Sabtu lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Jadi Isteri Adalah Satu Pengalaman Yang Menakjubkan..” – Elisya Sandha first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments