#Hiburan: “Saya Diamkan Sahaja” – Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati Dengan Kepimpinan Bapa

Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri baru Malaysia baru-baru ini, anaknya, Dafi semestinya turut menjadi perhatian ramai.

Advertisement

Mahukan bapanya melakukan yang terbaik selepas diberikan mandat besar itu, selebriti itu berharap agar rakyat tidak berada dalam keadaan tertekan mahupun stres.

Bahkan Dafi tidak kisah sekiranya orang ramai meluahkan rasa marah kepadanya jikalau tidak berpuas hati dengan kepimpinan bapanya itu.

Saya diamkan sahaja. Kalau mereka (rakyat) rasa dengan menyalurkan rasa marah dan kecewa mereka kepada saya boleh buat perasaan itu hilang, silakan. Saya cuma tak nak orang stres sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Malah dia mengakui sudah menerima pelbagai kritikan sejak Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Begitulah sebab saya tak boleh halang apa orang nak buat dan saya mahu semua orang kekal positif.

dafi dan ismail sabri

Dalam pada itu, Dafi menyatakan bahawa dia bertuah kerana orang yang paling dekat dengannya mampu memberikan teladan yang baik buatnya.

Dia sentiasa seorang bapa yang baik. Saya beruntung kepada saya ada contoh di depan mata yang boleh beri saya bukti bahawa kalau kita kerja keras dan buat benda yang kita suka dengan baik dan tidak berputus asa, Insya Allah ada hasilnya.

Sedar mengenai tanggungjawab yang berat itu, Dafi berharap agar bapanya melakukan yang terbaik buat negara ini selain akan sentiasa menyokong daripada belakang dan mendoakan setiap daripada perjalanannya.

Semoga ada sinar baru buat Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Diamkan Sahaja” – Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati Dengan Kepimpinan Bapa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments