#Hiburan: Gian Nak Makan Di Luar, Aril Pilus Kongsi Tips Berguna Buat Peminat

Nak makan di luar tapi masih berwaspada dengan keadaan sekeliling? Penyanyi Aril Pilus punya cara tersendiri.

Advertisement

Kata Aril, meskipun kerajaan sudah membenarkan mereka yang lengkap dua dos vaksin untuk makan di dalam restoran, namun dia memilih untuk makan di dalam kereta.

Menerusi laman Instagram pelantun lagu Menatap Matamu ini, dia berkongsi foto yang merakamkan isteri dan anaknya sedang menikmati mee goreng dalam kenderaan mereka sekeluarga.

Bukan jauh pun, dekat-dekat kawasan rumah ja, beli mee mamak satu bungkus kemudian makan kongsi-kongsi la kami dalam kereta. Bolehlah daripada tak ada, pastu balik semula ke dalam sarang, menanti hari yang mendatang, entahkan gelap entahkan terang.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil menyokong kenyataan Aril berkenaan terlalu lama duduk di rumah dan ada yang ingin cuba mempraktikkan aktiviti itu bersama ahli keluarga.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan bahawa mereka yang sudah lengkap vaksin dibenarkan untuk ‘dine-in’ di restoran.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Gian Nak Makan Di Luar, Aril Pilus Kongsi Tips Berguna Buat Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments