#Hiburan: “Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin..” – Ebit Lew Kongsi Kebaikan Arwah Siti Sarah

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Pagi ini, suasana hiba merundung rakyat Malaysia apabila Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia pagi tadi selepas mengalami komplikasi akibat COVID-19.

Advertisement

Merupakan seorang yang ceria dan baik, rata-rata meninggalkan komen yang baik buat arwah. Malah ramai yang sedih kerana wanita itu telah melahirkan anaknya yang ke-4, Ayash Affan meskipun ditidurkan kerana paras oksigen yang rendah dalam badan.

Bukan sahaja peminat, malah rakan selebriti merasakan kehilangan yang lebih besar. Terbaru, Ustaz Ebit Lew turut meluahkan rasa sedih mengenai berita berkenaan.

ebit lew siti sarah

Mendoakan syurga buat isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu, pendakwah terkenal itu turut berkongsi kebaikan yang pernah dibuat arwah semasa hayatnya.

Advertisement

Siti Sarah Raisuddin banyak kali bertanya pada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.

Semoga kebaikan arwah mengiringinya ke syurga. Al-Fatihah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin..” – Ebit Lew Kongsi Kebaikan Arwah Siti Sarah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments