#Hiburan: Akui Sudah Ada Kekasih, Syafiq Farhain Enggan Kecoh Isu Peribadi

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan bahawa hatinya sudah berpunya naum enggan berkongsi lanjut mengenai wanita pilihannya itu.

Advertisement

Ujar Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim, dia lebih selesa menjalani kehidupan bercinta secara santai atau ‘relaks’.

Menafikan bahawa dia berahsia dan enggan memaklumkan statusnya yang terkini, Syafiq berkata dia lebih suka orang mengenalinya atas sebab kerjaya.

Ya memang saya sudah ada kekasih. Saya bukan nak berahsia dan tak nak beritahu, cuma lebih suka relaks saja. Kalau boleh tidak mahu hebohkan bagi tahu sudah ada kekasih. Saya lebih berkongsi perkara lain seperti kerjaya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku turut berkongsi mengenai hubungannya kini bersama ibu tiri, Juriah@Julia Bachok setelah pemergian bapanya, Allahyarham Saleem semenjak tahun 2018 yang lalu.

Advertisement

Jelas Syafiq, hubungan dia dengan ibu tiri baik-baik sahaja dan ada berhubung meskipun tidak kerap.

Perkembangan terkini, penyanyi itu kini terlibat sebagai penghibur dalam pertandingan E-Sukan Mobile Legend, Anonymoz Merdeka Challenge yang bakal diadakan pada 29 sehingga 31 ogos ini secara dalam talian.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Akui Sudah Ada Kekasih, Syafiq Farhain Enggan Kecoh Isu Peribadi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments