Gitaris kumpulan Kristal, Rody mohon agar kes saman diantara sahabatnya iaitu penyanyi Siti Nordiana, Lan Solo dan beberapa individu yang terlibat diselesaikan dengan cara baik.
Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharuddin, walaupun dia tidak tahu punca disebalik konflik ini tercetus, namun dia berharap agar kedua-dua belah pihak dapat membuang ego dan berdamai.
Ego tu buang la macam lagu Terpisah, boleh baca liriknya. Dalam kehidupan kita ini kalau boleh saling memahamilah.
View this post on Instagram
Apabila bercakap tentang topik lain mengenai vokalis baharu kumpulan Kristal iaitu Ewal, gitaris tersebut memberitahu dia sudah mengenali vokalis itu sejak dia kecil lagi.
Saya kenal Ewal daripada dia budak lagi, masa tu saya suka ke studio Ali XPDC untuk berlatih… saya nampak dia memang budak rock.
Sekadar info, sebelum ini kumpulan Kristal turut dianggotai Lan sebagai vokalis, namun beliau membuat keputusan untuk mengundur diri pada November 2017.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Ego Tu Buanglah..” – Rody Kristal Harap Siti Nordiana Dan Lan Solo Berdamai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments