#Hiburan: Amal Makanan Sunnah Dan Tolak Vaksin, Ellie Suriaty Hormat Keputusan Anak

Aktres Ellie Suriaty memaklumkan bahawa dia menghormati apa jua keputusan kedua anaknya yang baru-baru ini menolak untuk menerima suntiakn vaksin COVID-19.

Advertisement

Sebelum ini, kedua anak Ellie iaitu Azrell Omar Azri Iskandar,17 dan Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar,12, telah membuat laporan polis sebagai ‘perlindungan’ jika mereka dipaksa untuk mengambil vaksin itu kelak.

Ellie SuriatySumber : Google  

Dia yang juga isteri kepada pelakon Azri Iskandar berpendapat bahawa tempoh masa untuk menghasilkan vaksin adalah terlalu cepat dan kini memilih untuk mengamalkan makanan sunnah dalam mencegah COVID-19.

Orang yang ambil vaksin kata dia guna vaksin untuk mencegah, baik, dan saya pun ada cara pencegahan sendiri menggunakan remedi semula jadi. Pagi-pagi saya sekeluarga akan minum air lemon campur madu dan letak cengkih serta kulit kayu manis.Tengahari kita minum habbatus sauda atau sumac yang dicampurkan dalam air atau masakan. Inilah cara kita, mungkin orang cakap kolot tapi sunnah Rasullulah, habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. Jadi saya takkan ambil vaksin.

Ellie dalam pada itu meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang mencerca kedua anaknya hanya kerana menolak suntikan vaksin di media sosial.

Advertisement

“Saya dah biasa kena kecam sejak jadi pembangkang, jadi saya dah biasa. Selagi you bercakap menggunakan fakta, pada saya bila netizen kecam, kita tak mahu bergaduh. Azrell tiada niat nak menghasut orang supaya tolak vaksin. Kesian kat dia. Tapi saya tak boleh stop dia daripada berkata perkara yang benar.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Azrell dan Azreen telah hadir di Balai Polis Taman Melawati bagi membuat laporan polis atas dasar hak mereka untuk menolak vaksin yang dilaksanakan terhadap pelajar sekolah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Amal Makanan Sunnah Dan Tolak Vaksin, Ellie Suriaty Hormat Keputusan Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments