Pelakon Erynne Erynna mengakui ramai peminat drama tempatan tidak mengetahui status dirinya yang sudah bergelar isteri dan juga memiliki seorang cahaya mata.
Tambah Erynne, dia sebenarnya sudah dua tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, Afify Sazali di usia 21 tahun.
View this post on Instagram
Mempelajari banyak perkara sepanjang bergelar isteri dan ibu, Erynne berkata bukan mudah untuk membawa gelaran itu di usia muda.
Selepas berkahwin, tak lama kemudian jadi ibu pula. Sekarang barulah saya faham..bukan mudah melahirkan dan membesarkan anak.. Ini merupakan satu perjalanan yang cukup mencabar. Sekarang ini saya lebih menghargai pengorbanan ibu semasa membesarkan saya dahulu..Alhamdulillah saya seronon dan bahagia melalui fasa kehidupan ini.
Erynne ditemui semasa sidang media drama Ali Alia yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.
Ujar pelakon yang sinonim dengan watak kanak-kanak dan remaja ini lagi, Erynne mengakui dia sukar untuk mendapat wanita dewasa kerana saiz fizikalnya yang kecil dan tidak nampak matang.
View this post on Instagram
Tapi kalau diberi watak sebegitu saya okey sahaja, cuma macam mana saya nak nampak matured itu, mungkin saya kena tukar imej, mekap atau cara pemakaian nanti.
Perkembangan terkini, Eryyne kini muncul dalam drama terbaru berjudul Ali Alia bersama pelakon hebat lain seperti Fimie Don, Rusli Ramli, Faezah Elai, dan ramai lagi.
Drama ini ditayangkan menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Wajah Kebudakan Susah Dapat Watak Dewasa, Erynne Erynna Sebenarnya Dah Bergelar Ibu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments