Seutas jam tangan bercorak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini telah menarik perhatian pelakon Aaron Aziz.
Biarpun Aaron kini sedang dirawat di hospital, pelakon KL Gangster itu mengungkap perasaan teruja di Instagram apabila melihat jam tangan yang dipakai oleh Ismail Sabri ketika sambutan Hari Kebangsaan Ke-64 yang berlangsung pagi semalam.
Tengah menahan sakit dekat hospital tetiba nampak jam ni Perdana Menteri pakai. Smart pula kan.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata warganet bantu memberitahu jenama jam tangan yang dipakai oleh Perdana Menteri itu merupakan model G-Shock dari jenama Casio.
Selain dari membantu mendedahkan jenama jam tersebut, warganet turut mengambil kesempatan mendoakan kesembuhan Aaron yang kini sedang dirawat di hospital.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Smart Pulak Kan..” – Aaron Aziz Berminat Dengan Jam Tangan ‘Camo’ Ismail Sabri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments