#Hiburan: Takut ‘Kantoi’, Ayda Jebat Dedahkan Jantina Anak Sulung

Pasangan romantis, Ayda Jebat dan Nabil Mahir akhirnya mendedahkan jantina bayi mereka yang bakal dijangka lahir sekitar penghujung bulan September.

Advertisement

Ayda memaklumkan bahawa anak sulung mereka nanti berjantina perempuan dan pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dalam saluran YouTUbe, Wuvv Show.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Yang lebih mengujakan, video tersebut turut disaksikan anggota keluarga mereka yang berada di rumah termasuklah teman-teman rapat secara dalam talian.

Saya lega sebenarnya selepas memberitahu keluarga tentang jantina anak kami kerana sudah lama saya dan isteri menyimpan rahsia ini. Kalau di rumah, apa-apa barang yang kami beli untuk bayi, kami akan sorok dalam bilik. Takut juga bila ‘kantoi’ nanti. Tapi alhamdullilah, akhirnya kami membuat pengumuman sekitar dua hari lalu dan keluarga sangat gembira apabila mengetahui anak kami nanti adalah perempuan.

Penyanyi lagu Pencuri Hati ini yang dihubungi media juga memaklumkan bahawa dia akan menjalani proses bersalin secara pembedahan Caesarean Section (C-Sect).

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Advertisement

Ujar Ayda, kandungannya tidak mengalami sebarang masalah namun dia memang ingin bersalin secara pembedahan setelah disahkan hamil.

Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Takut ‘Kantoi’, Ayda Jebat Dedahkan Jantina Anak Sulung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments