#Hiburan: ‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Intan Ladyana Hamil Ke?

Kecoh seketika di media sosial apabila ada netizen mendakwa pelakon jelita Intan Ladyana kini sudah berbadan dua.

Advertisement

Ini berikutan video yang memaparkan isteri kepada pelakon Harris Alif ini dilihat sedang hamil kerana penampakan ‘baby bump’ yang jelas pada bahagian perut aktres tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Tampil memberi kenyataan, Harris yang dihubungi media tidak mengiyakan malah dia juga tidak menafikan berita tersebut.

Ujar Harris, dia dan Intan memohon orang ramai terutamanya peminat agar mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia sudah tentu akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai.

Ya saya tengok sana sini dah keluar (berita hamil), Insyallah saya akan beritahu nanti. Sampai masanya, kalau saya dah bersedia saya akan beritahu nanti..mintak doakan yang baik-baik.

Dalam video itu juga Intan seperti sedang menyembunyikan sesuatu apabila dia menutup bahagian perutnya dengan bantal.

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Terdahulu, Harris ada memaklumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat.

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Intan Ladyana Hamil Ke? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments