#Hiburan: (TAKZIAH) Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Setelah Hampir Sebulan Ditidurkan

Setelah hampir sebulan ditidurkan, isteri kepada pelakon kerdil Badrol Shah iaitu Farah Sheila Mazlan,37, telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.15 pagi tadi akibat wabak COVID-19.

Advertisement

Arwah yang sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dipercayai telah dijangkiti wabak COVID-19 varian jenis Delta pada awal Julai yang lalu.

Dalam pada itu, Badrol berkata dia sempat membacakan dua kali syahadah untuk isteri tercinta ketika doktor membuat panggilan video sekitar jam 8 pagi.

Terdahulu, pernah berlaku kekeliruan tentang pemergian isterinya itu yang disangka telah meninggal dunia namun kali ini, Badrol sudah reda dengan apa yang terjadi.

Advertisement

Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya.

Menerusi laporan media sebelum ini, Badrol memaklumkan bahawa dia berasa trauma dengan berita  dikejutkan dengan maklumat tidak benar mengenai isterinya yang dilaporkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital.

Badrol Shah dan isteriSumber : Google  

Pemergian isterinya itu meninggalkan tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan Allahyarhamah yang pertama iaitu Putri Farah Nordina Dania,12, Putri Farah Nordina Zawana,11, dan Putri Farah Norhaziqah yang kini berusia 7 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAKZIAH) Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Setelah Hampir Sebulan Ditidurkan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments