#Hiburan: Empat Tahun ‘Berehat’, Dafi Akui Rindu Nak Menyanyi

Bagi seorang penyanyi, tempoh berehat selama empat tahun itu merupakan jangka masa yang lama dan mempunyai risikonya yang tersendiri.

Advertisement

Menurut penyanyi dan pelakon Dafi Ismail Sabri, tempoh beliau ‘berehat’ selama empat tahun itu membuahkan rasa rindunya untuk beraksi di arena muzik tanah air.

Sudah lama juga saya tak aktif dalam muzik. Single terakhir saya adalah Girl yang dilancarkan empat tahun lalu. Jadi, bila agak lama tak aktif, itu sedikit sebanyak membuatkan rasa bahawa saya perlu lakukan persediaan sewajarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Pelakon filem Ada Hantu turut berkata, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sedikit sebanyak ia membantutkan niatnya untuk melancarkan lagu baharu.

Advertisement

Walau bagaimanapun, beliau berazam akan memberi komitmen sepenuhnya bagi menghasilkan karya yang terbaik disebabkan sudah lama tidak mengeluarkan lagu baharu.

Dafi dan kakaknya

Selain bergelar seorang penyanyi, bekas peserta Akademi Fantasi musim ke-5 itu juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem Ada Hantu yang kini sedang ditayangkan di Disney+Hotstar arahan Hairul Azreen dan diterbitkan oleh Adrian Teh.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Empat Tahun ‘Berehat’, Dafi Akui Rindu Nak Menyanyi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments