#Hiburan: Lagu Nyanyian Allahyarham Siti Sarah Melonjak Semula Dalam Carta

Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah masih dirasai oleh peminat muzik tempatan apabila single pertamanya yang berjudul Kesetiaan dilancarkan pada tahun 2002 kini menduduki carta pertama Lagu Strim Paling Tinggi Di Malaysia bagi minggu ke-33.

Advertisement

Lebih mengujakan lagi, tiga lagi single nyanyian Allahyarham turut menduduki carta Top 10 sebagai Lagu Strim Paling Tinggi sepanjang 13 Ogos hingga 19 Ogos tahun ini.

Lagu Strim Paling Tinggi Di Malaysia Siti SarahSumber : Gempak  

Salah satu lagu yang distrim oleh peminat tempatan ialah lagu duet bersama suami, Shuib Sepahtu yang berjudul Semakin Benci Semakin Cinta yang berada di kedudukan kelima.

Diikuti pula dengan single beliau pada tahun 2003 berjudul Saat Hilang Cintamu ditangga keenam dan lagu Semakin di kedudukan kesembilan.

Barangkali kejayaan lagu-lagu Allahyarham di carta tu adalah salah satu cara bagi peminat untuk mengubat rasa rindu terhadap penyanyi hebat itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Lagu Nyanyian Allahyarham Siti Sarah Melonjak Semula Dalam Carta first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments