#Hiburan: “Kita Tak Boleh Paksa Orang Ambil Vaksin, Tak Payah Sibuk Jaga Tepi Kain Orang” – Zahida Rafik

Baru-baru ini, pelakon jelita Zahida Rafik berkongsikan pengalaman yang dialami olehnya selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di akaun Instagramnya.

Advertisement

Menurut Zahida di dalam video perkongsiannya itu, selepas menerima dos pertama, dia telah mengalami keguguran rambut yang teruk namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk mendapat doa kedua kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zahidarafik (@zahidarafik)

Dalam pada masa yang sama, pelakon yang pernah membintangi filem popular Anak Mami The Movie itu turut memberi pandangannya terhadap golongan anti-vaksin.

Advertisement

Bagi saya mudah saja, dalam hidup kita ada pilihan, pilihan terserah pada anda, kita yang dekat luar tak boleh paksa orang nak ambil vaksin sebenarnya. Tak payah nak sibuk jaga tepi kain orang.

Zahida Rafik

Difahamkan video tersebut telah dimuatnaik selepas beliau mendapatkan dos kedua dan meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata pengikutnya mempunyai pandangan yang berbeza.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kita Tak Boleh Paksa Orang Ambil Vaksin, Tak Payah Sibuk Jaga Tepi Kain Orang” – Zahida Rafik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments