Pelakon Abby Abadi menyedari terdapat tuduhan yang mengatakan dia menggunakan kecantikan anak keduanya, Marissa Dania Hakim sebagai pelaris perniagaan yang diusahanya pada ketika ini.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan,44, dia tidak merasakan tindakannya selama ini menggunakan wajah anaknya itu sebagai satu kesalahan besar dan tidak patut dilakukan.
View this post on Instagram
Dia yang kini menjual cermin mata difahamkan sekali-sekala menjadikan Marissa sebagai model di laman Instagramnya.
Jual anak?Tak, tak. Saya jual cermin mata. Dah tu asyik keluar gambar anak je? Mentang-mentanglah anak cantik. Lah, dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak orang lain pun ramai cantik-cantik. Kita kan meniaga. Apa salahnya suruh anak tolong jadi model untuk barang dijual. Mencari-cari salah tu kenapa?
Ujar pelakon drama Gerak Khas ini lagi, dia kerap menerima komen sedemikian namun memilih untuk menyekat semua kritikan negatif daripada netizen.
View this post on Instagram
Terdahulu, Abby pernah dituduh bersikap pilih kasih kerana sering menayang anak keduanya itu berbanding anak bongsunya, Maria Danisha Hakim.
Namun, penyanyi kumpulan Elite ini membidas dengan menyatakan Maria tidak gemar bergambar dan sukar untuk diajak membuat video bersama-sama.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Anak Cantik Nak Salahkan Siapa?” Didakwa ‘Jual’ Anak, Abby Abadi Beri Respon first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments