Siapa tidak kenal selebriti terkenal Rozita Che Wan yang sentiasa bergaya cantik di mana sahaja dia berada.
Rozita sekali lagi mencuri perhatian apabila dia dilihat melaram dengan busana glamor ketika mendapatkan vaksin dos kedua, semalam.
View this post on Instagram
Menggayakan jubah berona perak dengan perincian labuci berkilauan, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas ini tampil anggun seperti biasa.
BACA: ‘Melaram’ Beg Birkin Di PPV, Che Ta Jamu Frontliners Dengan Kek Pandan
Dia yang turut berkongsikan ‘OOTD’ itu sempat berseloroh di mana dia memberanikan diri memakai busana serba mewah itu kerana bimbang baju-baju cantiknya akan reput jika disimpan dterlalu lama dalam almari.
View this post on Instagram
Hari ini pergi vaksin sekejap. Yang penting wajib ‘meletop’. Masa sekarang ini, nak simpan baju lawa-lawa takut reput. Tak kisahlah duduk rumah ke, pergi vaksin ke, melaram sahajalah.Tak tahun bila lagi boleh melawa. Takut nanti tua dekat rumah sahaja.
Jika sebelum ini ketika suntikan dos pertama, Rozita bermurah hati menjamu para petugas kesihatan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri, kali ini dia membawa pula 10 helai tudung bawal, kek lapis dan juga minyak wangi jenamanya sendiri untuk 10 petugas barisan hadapan terawal dan bertuah.
Perkongsian tersebut ternyata mengundang komen netizen dan rakan artis yang teruja dengan gaya Rozita seakan-akan berjalan di atas karpet merah majlis hiburan berprestij.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Che Ta Melaram Di PPV, Takut Baju Reput Jika Tak Pakai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments