Penyanyi Siti Sarah yang sebelum ini positif COVID-19 dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana tahap oksigen dalam badan yang semakin menurun.
Berita tersebut telah dimaklumkan oleh pengurusnya, Nana Mohd Rom di mana Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini namun mengadu tidak selesa sejak semalam.
View this post on Instagram
Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira 6.30 petang untuk mendapatkan rawatan. Sepatutnya mereka memotong gelang kuarantin pada hari ini namun keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan.
Suami Sarah, Shuib dalam pada itu memohon doa orang ramai di luar sana agar kesihatan isterinya serta anak dalam kandungan kembali sihat dan tidak mengalami sebarang masalah.
View this post on Instagram
Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib berserta tiga anak mereka telah disahkan positif COVID-19 selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Paras Oksigen Semakin Menurun, Siti Sarah Dimasukkan Ke Hospital first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments