Sebelum ini, pemain dram Caliph Busker, Fendy Adlun telah dihubungi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang datang ke kediamannya untuk melawat dan dalam pada itu beliau turut berkata pihaknya akan memastikan permohonan untuk rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diuruskan dengan kadar segera.
Namun, menurut Fendy sehingga kini dia masih belum mendapat sebarang perkembangan berita mengenai status permohonan yang sudah dibuat olehnya itu.
Dram elektrik yang dijanjikan saya dah dapat, tapi ‘bayangan’ rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memang saya harapkan sangat tidak tahu lagi statusnya macam mana.
View this post on Instagram
Ketika ditanya lagi oleh pihak Harian Metro berkenaan dengan permohonan bantuan bulanan yang dipohon seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Baitulmal, Fendy berkata untuk bantuan itu juga dia masih belum dapat perkembangan terkini.
Saya hanya mengharapkan untuk dapat rumah mampu milik itu sahaja. Ini kerana, bayaran sewa bulanannya tidak tinggi dan jika ada lebihan pendapatan boleh saya buat simpanan masa depan.
Dalam pada itu, dia juga ditanya kawasan perumahan DBKL yang ingin didiaminya, pemain dram Caliph Busker itu berkata dia mahu tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia Bandar Tun Razak kerana mudah untuknya menaiki kemudahan pengangkutan awam iaitu Transit Aliran Ringan (LRT).
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Rumah DBKL Yang Saya Harapkan Tak Tahu Statusnya Macam Mana” – Fendy Caliph Busker first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments