#Hiburan: Bakal Merindui Pemandangan Menara KL Dari Rumah, Nourul Depp Hijrah Ke Bali Minggu Depan

Penyanyi Nourul Depp menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada meluahkan rasa sayu apabila dia khabarnya akan meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi.

Advertisement

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu turut berkongsikan pemandangan harian yang dirakam dari rumahnya iaitu Menara Kuala Lumpur dan bakal merindui panorama tersebut selepas ini.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Saya akan merindui pemandangan ini (Menara Kuala Lumpur). Sedih pula nak tinggalkan unit ini. Ini belum lagi pindah negara. Insha-Allah minggu depan.

Dia dalam pada itu turut menzahirkan perasaan sayang dan cinta kepada tanah air serta berharap dapat berbakti kepada negara tercinta.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mendoakan yang terbaik buat Nourul dan keluarga agar memperoleh kehidupan yang lebih baik di sana.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Advertisement

Terdahulu, Nourul memaklumkan bahawa suaminya, Eric Daniel Depp memasang impian untuk menetap di Bali demi masa depan dan pendidikan anak-anak mereka.

Nourul dan Eric telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary,8, Raphael, 6, dan Isabella yang kini berumur dua tahun.

Nourul juga mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah,23, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami terdahulu, komposer Ajai.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bakal Merindui Pemandangan Menara KL Dari Rumah, Nourul Depp Hijrah Ke Bali Minggu Depan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments