#Hiburan: Selebriti Lelaki Terlibat Kegiatan Pemerdagangan Manusia Rupanya ‘Transporter’ Pekerja Seks

Seorang selebriti lelaki yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia baru-baru ini dipercayai terbabit dengan khidmat seks di hotel dengan bayaran lebih RM1,000 selama 8 jam.

Advertisement

Hasil siasatan polis, selebriti berkenaan merupakan ‘penghantar’ pekerja seks yang telah ditempah menerusi Whatsapp.

Soal siasatan terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pelacuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat seks melalui pelbagai aplikasi media sosial.

Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pelacur.

Menurut wanita itu juga, pelawak berkenaan berperanan sebagai ‘transporter’ untuk menghantarnya kepada pelanggan yang sudah berada di hotel.

Sekatan Jalan Raya
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas sebelum tangkapan dibuat untuk membongkar aktiviti pemerdagangan manusia bagi tujuan seks yang melibatkan pelawak lelaki itu.

Terdapat juga barang-barang bukti semasa penahanan antaranya telefon pintar, kondom dan wang yang dipercayai hasil dari kegiatan itu.

Untuk pengetahuan, pihak polis menahan selebriti lelaki itu pada Ahad lalu selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul.

The post Selebriti Lelaki Terlibat Kegiatan Pemerdagangan Manusia Rupanya ‘Transporter’ Pekerja Seks first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments