Personaliti popular, Nur Fazura baru-baru ini meluahkan rasa rindu tidak terhingga kepada arwah bapanya, Sharifuddin Adnan yang telah 22 tahun pergi menghadap ilahi.
Perkara tersebut dikongsi Fazura menerusi satu hantaran di Instagramnya di mana dia menghadiahkan sebuah dedikasi khas buat allahyarham sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-65 tahun pada Rabu lalu.
View this post on Instagram
“22 tahun sudah berlalu tapi kasih sayang dan kekuatan papa tetap kuat dalam diri saya. Saya sayang papa sangat dan saya amat merindui papa. Al-fatihah Sharifuddin bin Adnan..”
Dia dalam pada itu turut memuat naik sekeping foto dirinya di samping bapa tercinta sebagai tanda kenangan.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, ramai peminat turut menitipkan ucapan takziah dan doa buat bapa mentua kepada Fattah Ain itu.
“Rindu yang tiada penghujung..Al-Fatihah..” ucap seorang peminat di bahagian komen hantaran tersebut.
BACA: Kerap Kongsi Gambar Berhijab Di IG, Nur Fazura Kini Dah Berhijrah?
The post Terlalu Rindu, Fazura Imbas Kenangan Lama Setelah 22 Tahun Pemergian Bapa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments