#Hiburan: Hisyam Hamid Akui Sering Dapat Mesej Godaan, Ambil Langkah ‘Tak Layan’

Pelakon Hisyam Hamid luah sikap sebenar isterinya, Rosmawati Hanafi seseorang yang tidak pernah menunjukkan rasa cemburu dan sentiasa bersikap professional sepanjang karier Hisyam sebagai seorang pelakon yang seringkali berganding dengan pelakon wanita.

BACA: Tiga Bulan Terpisah, Hisyam Hamid Terpaksa Tahan Rindu Dengan Keluarga Di Singapura 

Advertisement

Menurut Hisyam yang telah berhijrah lebih tujuh tahun ke Kuala Lumpur, isterinya sangat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon, malah isterinya turut menegurnya jika dia merasakan tiada keserasian diantara Hisyam dan juga pelakon wanita yang digandingkan.

Kalau dia lihat tiada keserasian antara saya dengan pelakon wanita yang digandingkan, isteri akan tegur seperti saya kelihatan kekok. Dia adalah pengkiritik tetap saya. Tanpa sokongan dia tak mungkin saya mampu bertahan sehingga hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Tambahnya lagi, walaupun sering dihujani dengan pelbagai mesej godaan dari peminat di akaun Instagramnya, namun dia sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak melayan mesej-mesej tersebut.

Hisyam hamidSumber : Instagram Hisyam Hamid  

 

Dalam pada masa yang sama, Hisyam turut ungkap rasa syukur kerana mempunyai sumber pendapatan lain melalui restoran yang diusahakan olehnya walaupun sudah sebulan tidak menjalani pengambaran atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

The post Hisyam Hamid Akui Sering Dapat Mesej Godaan, Ambil Langkah ‘Tak Layan’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments