#Hiburan: ‘Saya Takut Jarum Tapi..’ – Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

Pelakon dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi sebuah video hantaran di akaun Instagramnya dimana beliau sedang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

BACA: Antara Yang Pertama, Sasha Saidin Selamat Terima Vaksin COVID-19

Advertisement

Menurut Tiara, beliau seseorang yang amat takut dengan jarum suntikan, namun dia ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia dan tidak mahu dos vaksin dibazirkan sebegitu saja setelah diberi oleh kerajaan.

Saya tak bazirkan suntikan saya, sesiapa kenal saya tahu saya takut jarum. Tapi apabila waktu saya mendapatkan suntikan vaksin ini, saya alami pengalaman yang sangat positif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

Dalam pada masa yang sama, Tiara turut memuji layanan yang diberikan oleh seorang petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin kerana melayannya dengan baik.

Tiara JacquelinaSumber : Instagram Tiara Jacquelina  

 

Menerusi hantaran video tersebut, Tiara turut meminta agar orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 masing-masing agar negara akan kembali normal seperti dahulu.

The post ‘Saya Takut Jarum Tapi..’ – Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments