#Hiburan: (TAKZIAH) Zira Ayub Keguguran Akibat Pendarahan

Isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad, Zira Ayub kongsi berita yang kurang gembira di akaun Instagramnya baru-baru ini, bahawa dirinya mengalami keguguran pada kandungan yang sudah berusia tiga bulan atas sebab masalah pendarahan.

BACA: (TAKZIAH) Tiada Rezeki, Syatilla Melvin Keguguran Anak Ketiga Di Usia Lapan Minggu 

Advertisement

Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 33 memuatnaik sebuah video hantaran di Instagram menunjuk kenangan ketika beliau sedang memegang alat kehamilan dan keadaanya semasa di hospital.

Antara birthday yang menjadi memori. Ingat tambah lagi family member tapi takde rezeki pulak. Insyallah ada rezeki lain kali, kita kena cuba lagi @nabil.zira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zira Ayub (@zira.ayub)

Di dalam video hantaran yang berdurasi 24 saat tersebut, Zira turut menunjukkan momen ketika mereka sekeluarga menyambut hari lahirnya di rumah serta kad ucapan yang dibuat oleh anak-anaknya.

Nabil AhmadSumber : Instagram Zira Ayub  

 

Meninjau di ruangan komen video hantaran itu, ramai rakan artis mahupun peminat memberi kata-kata semangat buat Zira dan Nabil.

The post (TAKZIAH) Zira Ayub Keguguran Akibat Pendarahan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments