Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa memberitahu bahawa dia ada menerima banyak permohonan bantuan daripada golongan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Penuh ketika ini.
Justeru itu, isteri kepada PU Riz ini tampil meringankan beban mereka di luar sana di mana dia turut bekerjsama dengan Pertubuhan Kasih Neelofa di bawah kelolaannya.
View this post on Instagram
Perkara tersebut dikongsikan Neelofa menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya untuk pengetahuan peminat.
“Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti dan rumah-rumah perlindungan. Tetapi memandangkan keadaan semaki teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan individu. Kami terima terlalu banyak permohonan.”
Dia dalam pada itu turut menambah akan membantu kira-kira 70 buah keluarga yang memerlukan.
Bantuan yang dihulurkan adalah berupa makanan dan juga wang tunai.
“Insya-Allah minggu ini kami akan sampaikan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas. Kami akan hulurkan bantuan barang makanan dan wang tunai.” tulisnya lagi.
Terdahulu, Neelofa ada mengambil inisiatif peribadi dengan menyalurkan sumbangan iaitu kelengkapan katil pesakit kepada Hospital Melaka.
BACA: “Tulis Dalam Buku Nota Dan Minta Pada Allah..” Neelofa Kongsi Tips Kekal Positif Ketika Pandemik
The post Hulur Barang Makanan Dan Wang Tunai, Neelofa Bantu 70 Keluarga Terkesan PKP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments