Sempena sambutan Hari Bapa pada 20 Jun, pelakon dan penyanyi Elyana juga tidak lupa untuk memberikan ucapan istimewa buat suaminya Khairul Anuar yang cukup menyentuh hati ramai orang.
BACA: “Hero Buat Noah..” – Netizen Sebak Dengan Ucapan Hari Bapa BCL
Dalam gambaran hantaran di akaun Instagramnya itu, Elyana yang kini sedang berjuang melawan kanser limfona tahap empat berkata dia berdoa agar dia ‘pergi dahulu’ menghadap ilahi sebelum suaminya.
Bonda selalu berdoa biar bonda ‘pergi dulu’ sebelum ayah. Sebab tak boleh hidup dan tak seronok kalau tidak ada awak. Selamat Hari Bapa. Bonda, Cinta dan Cahaya sayang sangat-sangat dekat ayah (panggilan untuk suami). Kami mesti nak kena ada ayah, sebab ayah adalah adiwira kami.
View this post on Instagram
Dalam hantaran yang sama juga, Elyana turut menitipkan doa buat bapanya yang disifatkan sebagai lelaki pertama yang banyak mengajarnya tentang erti kehidupan dan sentiasa menasihati dirinya agar sentiasa tabah menghadapi segala cabaran.
Kini sudah enam hari Elyana berada di hospital sejak 16 Jun lalu atas kerana sedang menjalani rawatan radioterapi untuk penyakit kanser limfona yang dihadapi olehnya sejak 10 tahun.
The post “Biar Bonda Pergi Dahulu Sebelum Ayah..” – Elyana Titip Ucapan Menyayat Hati Buat Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments