#Hiburan: Rasai Pengalaman Dalam PPE, Aniq Suhair Jadi Sukarelawan Di Pusat Penilaian COVID-19

Pelakon baru, Aniq Suhair memaklumkan bahawa dia kini memanfaatkan temph Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan menjadi sukarelawan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ujar Aniq atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh,21, dia berasa teruja dan bangga kerana dapat mencurahkan bakti dengan menghulurkan bantuan kepada KKM dalam usaha membasmi penularan wabak COVID-19.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Difahamkan, Aniq diberi tugas untuk memeriksa tekanan darah, tahap oksiden serta denyutan nadi pesakit COVID-19 di mana tahap kesihatan mereka akan dipantau oleh doktor.

“Dari saya buang masa di rumah, baik saya bantu frontliners. Saya nak rasa sendiri pengalaman macam mana peritnya petugas barisan hadapan dalam PPE dan berhadapan dengan beratus pesakit COVID-19 setiap hari.”

Katanya lagi, setakat semalam (Sabtu), dia telah memeriksa lebih 210 pesakit yang mempunyai simptom wabak membunuh itu.

View this post on Instagram

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu ini turut berkongsi pengalaman berbual dan berinteraksi dengan pesakit COVID-19 di mana sedikit sebanyak membuka matanya terhadap bahaya COVID-19.

“Sekarang baharu saya tahu betapa peritnya berada dalam PPE selama berjam-jam dan barang PPE itu bukan murah ya, kena tukar setiap kali break. Kerajaan dah berbelanja banyak sangat, jadi kita semua perlu mengambil berat tentang bahaya COVID-19 ini..” ujarnya mengakhiri bicara.

Post a Comment

0 Comments