#Hiburan: Staff Terlibat Langgar Lari, Sarah Dan Shuib ‘Buru’ Myvi Hijau!

Pasangan selebriti terkenal, Shuib dan Siti Sarah memaklumkan bahawa salah seorang pekerjanya telah terlibat dalam kemalangan langgar lari di Johor Bahru.

Maklum Shuib, kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan Econsave Jalan Pesta, Muar dan kereta yang telah melanggar pekerjanya itu dipercayai jenis Myvi berwarna hijau.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Shuib dan Sarah sebagai majikan memberitahu akan mencari peguam bagi menguruskan kes serta akan menuntut bela atas nasib yang menimpa pekerjanya itu.

“Salah seorang staff @bubblebeemalaysia_hq cawangan Muar iaitu Muhammad Afiq Hidayat Mohd Fauzi terlibat dalam satu kemalangan berdepan Econsave Jalan Pesta, Muar. Malangnya kereta yang melanggar budak ini boleh lari! Tolong viralkan sebab sampai sekarang pemilik kereta yang langgar masih tak serah diri! Detail kereta : JKF 9590 MYVI HIJAU.”

Sementara itu, Sarah juga memberitahu bahawa pekerjanya itu telah mengalami kecederaan parah di mana kedua-dua tangannya patah dan pipi terkoyak.

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Post a Comment

0 Comments