#Hiburan: Tampil Imej Baru Tak Bertudung, Kak Girl Minta Beri Ruang

Personaliti media sosial dan juga pelakon, Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl telah menarik perhatian peminat apabila dia telah tampil dengan imej baru menerusi Instagramnya.

Meninjau hantaran media sosialnya itu, Amira dilihat dilihat tidak memakai hijab seperti kebiasaannya.

Advertisement

Malah, dalam entri tersebut pelakon drama Zam dan Shah ini turut menulis panjang lebar luahan hatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar)

“Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati orang tanpa fikir diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa ikut kehendak orang, walau kita ada kehendak sendiri. Bertahun lamanya cuba jadi yang terbaik. The best version of me orang kata..Maaf mungkin ramai kurang selesa tapi saya sedang menjadi diri saya sahaja. The real me..”

Kak Girl juga dalam pada itu meminta pengikut media sosial terutama peminatnya untuk memberi dirinya ruang dan peluang serta masa untuk merawat kekecewaan yang dialaminya kini.

Dia yang juga bekas juruhebah radio Best FM turut memohon maaf jika penampilan terbarunya itu kelihatan berbeza berbanding dulu dan memohon doa baik-baik daripada orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar)

“Saya masih orang yang sama. Cuma mungkin kali ini kelihatan sisi yang berbeza..” tulisnya lagi.

Sekadar info, Kak Girl turut terkenal di media sosial kerana sering tampil dengan aksi menghiburkan menerusi siri video parodi lip sync sambil menari dalam kereta dipandu suaminya di sisi.

The post Tampil Imej Baru Tak Bertudung, Kak Girl Minta Beri Ruang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments