Tampil berbeza dari sebelumnya, pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini ada berkongsikan pengalaman mengamalkan diet ketat di mana dia perlu makan dua ekor ayam dan 15 biji telur separuh masak setiap hari bagi mendapatkan bentuk tubuh idaman.
Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim,32, menjelaskan bahawa diet tersebut dilakukan kira-kira dua tahun lepas bagi memenuhi tuntutan watak sebgai pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam filem Coast Guard.
View this post on Instagram
Namun, diet tersebut terpaksa dihentikan setelah menerima teguran daripada Datuk Rosyam Nor yang tidak menggalakkannya untuk mempunyai tubuh badan terlalu besar kerana banyak berlakon di bawah syarikat produksinya sebelum ini.
Meskipun begitu, Saharul berkata dia sentiasa bersedia untuk tampil dengan imej tersebut sekali lagi jika dituntut oleh pengarah.
View this post on Instagram
“Kalau diikutkan bila kita nak makan sihat ni, dia perlukan kos yang sangat besar..saya boleh anggarkan dalam sebulan saya habis dalam ribuan ringgit jugalah untuk bekalan ayam, telur serta makanan tambahan lain. Diet yang saya makan ayam dua ekor dan telur separuh masak 15 biji sehari itu saya amalkan dua tahun lalu ketika terlibat dalam filem Coast Guard..”
Sementara itu, perkembangan seni terbaru Saharul Ridzwan terpaksa dihentikan seketika kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kini.
Jelasnya lagi, kini dia hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap bisnes wangian yang diusahakannya iaitu Ode Scents di media sosial.
The post Makan 2 Ekor Ayam & 15 Biji Telur Sehari, Saharul Ridzwan Habis Ribuan Ringgit Bina Badan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments