Pelakon Nabila Huda menerima kritikan daripada pengguna media sosial Instagram apabila dia ada berkongsi sepotong videonya sedang mengaji Al-Quran secara atas talian baru-baru ini.
Dalam video berkenaan, Nabila yang mesra disapa sebagai Abil itu dilihat lengkap bertelekung dan turut ditemani kucingnya iaitu Tora.
View this post on Instagram
Namun, sesi mengaji itu mengundang kritikan apabila kucing berwarna oren itu dilihat memijak Al-Quran yang sedang dibaca Abil sebelum dia bertindak mengalih haiwan tersebut dari meja berkenaan.
Peminat yang prihatin dengan keadaan itu kemudiannya dilihat tampil menegur pelakon drama Kamar Kamariah agar tidak mengulangi kesilapan itu lagi.
View this post on Instagram
“Allah..maaf kak kita ni berakal dan berpengetahuan. Ada tangan sebelah boleh angkat kucing tu.” tegur seorang peminat di bahagian komen.
Tidak melatah dengan teguran tersebut, Abil kemudian membalas nasihat tersebut dengan tenang.
“Saya minta maaf puan saya pun tak tahu. Terima kasih atas info. Nanti saya minta maaf dengan Allah atas kesalahan saya dan kucing saya.” balas Abil.
The post “Nanti Saya Minta Maaf Dengan Allah..” Kucing Pijak Al-Quran, Nabila Huda Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments