Banyak perniaga yang terjejas atas akibat pandemik COVID-19 yang melanda di negara kita sekarang ini. Tidak terkecuali, penyanyi dan usahawan terkenal Mila Jirin juga sedang mengalami detik sukar ketika ini namun dia hanya mampu berserah segalanya kepada Tuhan.
BACA: Hanya Berserah Pada Allah, Mila Jirin Bimbang Nasib 100 Pekerjanya
Tetapi, Mila tidak mudah berputus asa dan menurutnya seorang usahawan perlu mempunyai pelbagai perancangan untuk terus mencari rezeki.
Sememangnya saya reda dan berserah kepada Allah SWT atas apa yang berlaku, selain itu, kita mesti ada pelbagai perancangan, kalau tak jadi satu, boleh buat perkara lain, bak kata orang plan B, C, D dan seterusnya.
View this post on Instagram
Ketika temubual secara maya bersama Gempak, Mila akui memahami situasi pekerja-pekerjanya yang mempunyai komitmen sendiri, jadi membuat pinjaman bank untuk membayar gaji pekerjanya merupakan idea yang terbaik.
Tak pernah dalam sejarah seorang majikan membuat pinjamam bank untuk membayar gaji pekerja, saya pasti ramai usahawan di luar sana juga melakukan perkara sama.
Difahamkan, jumlah pekerja yang berkerja di bawah enam syarikat Mila terdapat hampir 117 pekerja dan jumlah gaji yang diberikan oleh Mila buat pekerjanya secara keseluruhan mencecah RM200,000.
The post Sedar Pekerja Juga Ada Komitmen, Mila Jirin Buat Pinjaman Bank Bayar Gaji first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments