#Hiburan: Netizen Persoal Keperluan Ke Gaza, Caprize Tampil Beri Penjelasan

Meskipun pemergian penyanyi rap Caprice ke Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan dipersoal banyak pihak dan juga menimbulkan perasaan kurang senang netizen, dia kemudian dilihat tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Ujar Caprice, selain memberi bantuan untuk penduduk Palestin, dia juga ke sana untuk bertemu pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah serta ingin mengukuhkan misi jangka panjangnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Ramai yang bertanya mengenai misi saya di Gaza. Jadi saya perjelaskan tujuan pertama saya ke sana untuk memberi pertolongan kepada penduduk Palestin. Selain itu untuk bertemu dengan kenalan baharu dan membina jaringan yang lebih kukuh demi visi jangka panjang saya Road To Al Aqsa 2040. Saya juga mahu berjumpa dengan warganegara dan pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah sejak COVID-19.”

Penyanyi lagu Kau Hade ini membuat penjelasan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, penyanyi yang turut menyampaikan pesanan dakwah di media sosialnya telah menzahirkan perasaan syukut kerana mendapat kebenaran masuk ke Gaza, Palestin pada malam Rabu lalu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dalam pada itu, Caprice juga memberitahu bahawa dia tidak dapat selalu merakam aktivitinya di wilayah bergolak itu kerana isu keselamatan.

BACA: “Halalkan Makan Minum Saya..” Berangkat Ke Gaza, Caprice Sertai Misi Kemanusiaan

The post Netizen Persoal Keperluan Ke Gaza, Caprize Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments