Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila dia tampil berkongsikan hidangan kegemaran anak lelaki sulungnya, Airit Rayyan Rizqin iaitu mi goreng basah yang juga kegemaran bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan.
Perkara tersebut dikongsikan Rita menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
“Mee goreng basah. Fav Rayyan mee goreng. Memang turun pak dia suka makan mee goreng..” tulis Rita di ruangan kapsyen foto tersebut.
Enggan mencetuskan kontroversi lanjut, Rita memaklumkan perkongsian tersebut bukan bermaksud dia ingin mengungkit kisah lama namun hakikat yang sebenarnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan sokongan terhadap tindakan Rita yang sering mengingatkan anak-anaknya tentang asal-usul mereka.
View this post on Instagram
“Memang salah seorang anak akan ikut sama betul perangai mak dengan pak dia. Itupun kalau orang sana cakap you tak move on lagi tak tahu la nak cakap apa..” komen seorang peminat.
Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum bercerai pada September 2013.
View this post on Instagram
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin,12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 yang kini di bawah jagaan Rita Rudaini.
BACA: “Anak Kedua Allah bagi Ikut Muka Mommy, Adil kan?” Rita Rudaini Imbau Kenangan Lahirkan Airit Qaqa
The post “Memang Ikut Pak Dia..” Rayyan Suka Mi Goreng, Rita Rudaini Nafi Masih Tak ‘Move On’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments