Beberapa hari ini, hangat dibincangkan oleh pengguna media sosial berkenaan dengan penyataan yang dilakukan oleh seorang pakar bedah mata dan juga motivator iaitu Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad mengenai wanita perlu ‘bodoh-bodoh’ bagi mendapat pasangan hidup.
Pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel turut berkongsi pendapatnya di akaun Instagramnya dengan meminta segilintir lelaki untuk tidak merasa tergugat dengan wanita bekerjaya dan menganggapkan perkara tersebut merupakan persaingan yang sihat.
Why not lelaki menganggap perkara itu sebagai persaingan yang sihat macam okay, bring it on. Kita sama-sama menuju ke arah yang lebih baik untuk peningkatan diri kita.
Tak patut datang segala insecurity oleh segelintir pihak lelaki I mean, it’s a good thing.
View this post on Instagram
Advertisement
Tambah penyanyi lagu Purnama itu lagi, dia turut menyukai wanita yang mempunyai kariernya sendiri dan sentiasa ingin mencari ilmu di dalam hidup mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Naim dan sehingga kini hantaran video tersebut telah meraih hampir 100,000 tontontan daripada pengikutnya.
The post Seru Kaum Lelaki Jangan Tergugat, Naim Daniel Akui Suka Wanita Bekerjaya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments