#Hiburan: Tular Video Karaoke Dan Kenduri Durian, Jamal Abdillah Mohon Maaf

Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah tampil memohon maaf dan berharap agar orang ramai tidak mencontohi kesilapannya gara-gara tular foto dirinya sedang berkaraoke dan menjamah durian di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu.

Perkara tersebut menjadi bualan ramai apabila penyanyi lagu Seniman Menangis itu didakwa telah terlibat dalam majlis sosial di mana melanggar SOP ketika PKP penuh ketika ini.

Advertisement
Jamal AbdillahSumber : BH online  

Ujarnya lagi, dia sepatutnya lebih peka dengan SOP dan situasi semasa dalam pandemik COVID-19.

“Tetapi, itulah keadaan saya seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa. Dalam mahu menjaga hati orang, tetapi saya tidak sedar tindakan saya salah. Jadi saya minta maaf banyak-banyak pada rakyat Malaysia. Janganlah mencontohi apa yang saya lakukan.”

Jelas Jamal, dia berada di ladang berkenaan bagi mendapatkan baja bisnes kolam ikan yang diusahakan.

Dia kemudian dipelawa untuk menjamah durian yang kebetulan banyak gugur pada hari berkenaan.

Difahamkan juga, Datuk Jamal sudah pun memberi keterangan di Balai Polis Tapah pada petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin juga mengesahkan telah mendapat keterangan daripada Jamal dan beberapa individu terlibat dipercayai peniaga serta penduduk kampung bagi membantu siasatan.

BACA: Dapat Kebenaran Rentas Negeri Urus Ikan Arowana, Jamal Abdillah Tak Akan Ambil Kesempatan

The post Tular Video Karaoke Dan Kenduri Durian, Jamal Abdillah Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments