Setelah tiga hari mendiamkan diri atas isu dihina mandul, pelakon Siti Elizad akhirnya kembali semula dengan keadaan yang lebih positif dan gembira.
BACA: Jejak Pengguna Facebook Zain Rashdan, Siti Elizad Ambil Tindakan Undang-Undang
Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, mengakui bahawa bukan mudah untuk dirinya melupakan atas apa yang telah berlaku keatas dia dan suami, serta mengucapkan terima kasih atas doa dari orang ramai.
Selepas tiga hari tanpa telefon, saya kembali dengan kehidupan yang positif. Ceria seperti selalu. Terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan doa.
Sesuatu yang bukan mudah untuk maafkan dan melupakan.
View this post on Instagram
Menurut pelakon tersebut, perkara yang terjadi memberi kesan yang besar buat dirinya apabila dituduh mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum termakbul.
Sedia maklum, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu telah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-intro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki mempunyai cahaya mata.
The post “Ceria Seperti Selalu..” – Siti Elizad Kembali Positif Setelah Tiga Hari Tanpa Telefon first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments