Ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Datin Noor Kartini,55, difahamkan telah tampil berkongsi rezeki dengan tukang sapu sampah yang bekerja di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.
Perkara tersebut dikongsikan Kartini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
Dalam entri itu, Kartini telah menyediakan dua menu iaitu roti bakar dan kari ayam untuk diberikan kepada 40 individu.
“Kita nak bahagi dekat orang bekerja di tepi jalan, yang tengah sapu daun kering dekat kawasan Taman Tun. Kita hantar makanan dekat mereka. 40 keping roti dah siap bakar..kari ayam pun dah siap. Kita kongsi rezeki, mesti mereka gembira.”
Dia juga dalam pada itu turut memuat naik foto beberapa orang pekerja yang tersenyum menerima bungkusan makanan serta sampul duit raya.
Terdahulu, nama ibu mertua PU Riz itu menjadi tular apabila dia didakwa mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan negara ini.
Dia kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar dan dalam masa yang sama pihak polis turut membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.
The post Masak Roti & Kari Ayam, Noor Kartini Kongsi Rezeki Dengan Tukang Sapu Sampah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments