#Hiburan: “Yoe Kini Berada Dalam Keadaan Baik” – Yoe Parey Jalani Pembedahan Akibat Angin Pasang

Pelakon filem 35mm, Yoe Parey yang menjalani pembedahan akibat angin pasang minggu lalu, kini dalam keadaan baik dan masih berehat.

Pengarahnya, Syahmi Sazli berkata tempoh itu tidak memberikan impak terhadap penggambaran filem 35mm yang akan kembali menjalani penggambaran pada Februari depan.

Advertisement

Menurut Syahmi, Yoe masih lagi berpantang bagi memastikan keadaannya segera pulih dan akan kembali bekerja apabila kesihatannya kembali mengizinkan.

Alhamdulillah, Yoe kini berada dalam keadaan baik, namun masih berehat sehingga kembali sihat seperti biasa.

Terdahulu, penggambaran filem kedua arahan Syahmi itu terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan Yoe yang tidak mengizinkan.

Advertisement

Info tambahan, selain Yoe, filem itu turut menampilkan Syahmi dan Asif serta penampilan khas beberapa pelakon seperti Hushairi Hussain dan Kenji Sawahi. Tidak ketinggalan beberapa YouTuber antaranya Poktar, Sai Kamal dan Wanie Rohaimi.

Syahmi Sazli
2 minggu lalu

Alami Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing, Isteri Syahmi Sazli Dikejarkan Ke Hospital

The post “Yoe Kini Berada Dalam Keadaan Baik” – Yoe Parey Jalani Pembedahan Akibat Angin Pasang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments