Pelakon hebat, Bront Palarae berpendapat bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat sekarang ini tidak perlu pun memakai barangan mewah bagi membantu masyarakat di dalam kesusahan atas permasalahan pandemik COVID-19 yang melanda di negara ketika ini.
BACA: Ebit Lew Sumbang 2 Lori Tangki Air Bantu Rakyat Terjejas
Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin membalas satu ciapan YB Syed Saddiq di akaun Twitter dimana dia menyatakan jika seseorang itu benar-benar ingin membantu maka dia akan membantu tanpa sebarang alasan.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Nak berkhidmat ni tak perlukan jam Hublot/Rolex, kereta Vellfire, rumah agam & rombongan/konvoi motor ramai-ramai. Asalkan ada kehendak, ada daya fikir, daya usaha, insya-Allah ada jalan.
Nak seribu daya, xnak seribu dalih.
Nak berkhidmat ni xperlukan jam Hublot/Rolex, kereta Vellfire, rumah agam & entourage/konvoi moto ramai2. Asalkan ada kehendak, ada daya pikir, daya usaha, insyaallah ada jalan. https://t.co/GSAHElOUrr
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) June 30, 2021
Melihat di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata bersetuju dan menyokong dengan pendapat yang diberikan oleh Bront mengenai hal tersebut.
Nice one bro.

Dalam perkembangan yang lain, Bront kini muncul dengan filem terbaru arahan Woo Ming Jin bertajuk Zombitopia yang akan disiarkan di Disney+ Hotstar.
The post “Tak Perlu Jam Rolex, Kereta Vellfire Dan Rombongan Untuk Bantu Rakyat” – Bront Palarae first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments