#Hiburan: “Hero Buat Noah..” – Netizen Sebak Dengan Ucapan Hari Bapa BCL

Sempena Hari Bapa pada tanggal 20 Jun semalam, ramai yang membuat perkongsian ucapan Selamat Hari Bapa buat ayah tercinta dan rata-rata menzahirkan rasa syukur buat ayah mereka.

BACA: Sambut Hari Bapa Secara Sederhana, Netizen Puji Jep Sepahtu Tutup Aurat Sari Yanti Denga Emoji, Bagi ‘Hint’ Nama Bayi Lelakinya

Advertisement

Tidak lupa juga buat sosok seorang ayah yang sudah tiada lagi, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari turut menitipkan ucapan Hari Bapa buat allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Terima kasih kerana sudah mengajar Noah bagaimana untuk jadi seorang lelaki. Kamu akan selamanya jadi hero buat Noah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Ucapan yang dititip oleh BCL itu diiringi dengan video pendek ketika arwah Ashraf sedang bergurau senda bersama anaknya Noah di sebuah kawasan pantai.

Bunga Citra LestariSumber : Instagram Bunga Citra Lestari  

 

Video hantaran tersebut meraih lebih empat ribu komen dari peminat dan rata-rata berasa sedih dengan kata ang diucapkan oleh BCL buat arwah suaminya itu.

The post “Hero Buat Noah..” – Netizen Sebak Dengan Ucapan Hari Bapa BCL first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments