#Hiburan: “Habuan Pelepas Rindu Hangpa!” Rizalman Kongsi Video Ajar Cara Kacau Teh

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim kembali mencuri perhatian meskipun dirinya terpalit beberapa kontroversi baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, Rizalman ada berkongsikan cara-cara menuang dan mengacau teh dengan betul buat tatapan para peminat.

Advertisement

Malah, dia turut meletakkan kapsyen yang mengatakan hantaran tersebut adalah ‘habuan pelepas rindu’ buat para pengikutnya.

Rizalman

“Tuang ayaq teh kena tiga suku cawan, nak kacau gula pun kena pi mai pi mai depan belakang, bukan putaq camca tu belaga dengan cawan. Hinggaq sampai mangket abeh oghang satu ghumah tau kata hangpa tengah dok minum ayaq teh. Ok ka macam ni punya postin? habuan pelepaih rindu hangpa.”

Advertisement

Menjengah ruangan komen, ramai netizen ternyata menantikan entri terbaru Rizalman dan meninggalkan respon positif serta meminta pereka fesyen itu kembali berkongsi seperti dahulu.

RizalmanSumber : Google  

Terdahulu, Rizalman dikecam hebat oleh netizen apabila dia didakwa seperti memperlekehkan makanan iaitu ikan salmon pemberian peminat kerana tidak menggemarinya.

Dia kemudiannya mengejutkan ramai apabila lebih kurang 6,000 entri gambar di media sosialnya tiba-tiba sahaja dipadam oleh Rizalman.

BACA: Didakwa Tak Hargai Pemberian Peminat, Datuk Rizalman Dikecam Beri Ikan Salmon Import Pada Kucing

The post “Habuan Pelepas Rindu Hangpa!” Rizalman Kongsi Video Ajar Cara Kacau Teh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments