Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada meluahkan rasa teruja kerana tidak sabar menunggu anak perempuannya mahir bercakap pelbagai dialek bahasa.
Ujar Mawar, dia mahu anak keduanya, Raden Seri Rosabella Cinta membesar dan mewarisi nilai-nilai warisan keturunan keluarganya.
BACA: Dihentam Teruk Gara-Gara Pertahan Neelofa, Mawar Rashid Moon Maaf & Jelaskan Hal Sebenar
View this post on Instagram
Katanya dalam hantaran tersebut, Rosabella akan diajar dua bahasa dan satu dialek negeri iaitu Thailand, Indonesia dan Kelantan.
“Hai kawan baik saya (Rosabella). Tak sabar nak tunggu awak membesar. Pandai bercakap dalam dialek Kelantan, bahasa Siam dan Indonesia kerana ayahnya ada darah Indonesia..”
Sekadar info, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid,26, mempunyai darah campuran Siam dan ahli keluarga sebelah ibunya pula berasal dari Chiang Mai, Thailand.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mawar dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada November 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rafael,2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lima bulan.
The post Mahu Anak Mahir Banyak Bahasa, Mawar Rashid Ajar Rosabella Bahasa Kelantan Dan Siam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments