Pelakon dan penyanyi yang berasal dari Indonesia, Bunga Citra Lestari menjawab dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya terkena jangkitan wabak COVID-19 selepas pulang dari bercuti di Bali.
BACA: Selepas Pulang Dari Bali, Bunga Citra Lestari Disahkan Positif COVID-19
Menurut Bunga Citra Lestari atau turut dikenali sebagai BCL, dia sudah melakukan aktiviti harian setelah pulang dari Bali sejak 2 Jun yang lalu memandangkan ujian calitan pertamanya negatif, namun nasibnya kurang baik selepas menjadi kontak rapat beberapa penari pada 10 Jun lalu dan disahkan positif COVID-19.
Beberapa orang penari saya disahkan positif pada 13 Jun selepas bertemu dengan saya pada 10 Jun lalu. Saya lakukan calitan lagi pada 14 Jun dan disahkan positif.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu 12 Tahun Terindah itu membuat keterangan di akaun Instagramnya setelah orang ramai mengecamnya menerusi Instagram Story pada Rabu semalam.
Bunga sebelum ini baru pulang dari Bali bersama anaknya, Noah Sinclair dikecam oleh netizen kerana mereka menganggapkan Bunga terkena jangkitan virus ini dari sana.
The post Didakwa Berjangkit Kerana Bercuti, BCL Jelas Sebab Sebenar Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments