#Hiburan: “Memang Berada Di Rumah..” Zarina Anjoulie Nafi Dirinya Ditahan Polis Positif Dadah

Pelakon dan juga personaliti media sosial, Zarina Anjoulie tampil memberi jawapan kepada persoalan peminat yang bertanyakan sama ada dia adalah pelakon wanita yang ditahan polis kerana positif dadah jenis Methaphetamine baru-baru ini.

Zarina yang mesra disapa sebagai Anju hanya menjawab bahawa dia berada di rumah sejak semalam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Betulkah Anju (Zarina Anjoulie) yang ditahan polis sebab positif dadah?” tanya seorang pemiant ketika sesi siaran langsung Instagram, malam semalam.

“Dari semalam memang di rumah..” jawab Anju ringkas.

Sesi Instagram Live itu kemudian ditamatkan dalam tempoh kurang lima minit kerana Zarina ingin berdandan dan mencantikkan diri sebelum bersiaran langsung bersama peminat sekali lagi.

Tampil berseloroh, Zarina berterus-terang dengan mengatakan bahawa dia ingin mengambil kesempatan ketika namanya sedang disebut-sebut netizen dengan membuat ulasan produk di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Alang-alang tengah ‘viral,’ semua kecoh, baik buat IG (Instagram) review dan bantu orang, lagi berfaedah. Anda bagi saya masa 15 minit, bagi saya cantikkan rambut sekejap dan saya kembali lagi.”

Terdahulu, portal berita tempatan melaporkan bahawa seorang selebriti wanita telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Keputusan saringan air kencing mendapati aktres tersebut positif dadah jenis Methamphetamine.

BACA: Positif Dadah Jenis Metamfetamin, Pelakon Wanita Ditahan Polis

The post “Memang Berada Di Rumah..” Zarina Anjoulie Nafi Dirinya Ditahan Polis Positif Dadah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments