#Hiburan: Jejak Pengguna Facebook Zain Rashdan, Siti Elizad Ambil Tindakan Undang-Undang

Pelakon dan juga penyampai radio, Siti Elizad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menggunakan nama akaun Facebook Zain Rashdan yang menulis komen berbaur penghinaan terhadapnya, kelmarin.

Difahamkan individu tersebut menggelar pelakon wanita itu sebagai mandul dan tidak boleh mengandungkan zuriat di laman Facebook.

Advertisement

Perkara tersebut disahkan peguam yang mewakili Elizad iaitu Faiz Mohd Iskandar Hamzar dari Tetuan Arief & Iskandar di mana pihaknya kini dalam proses mendapatkan identiti sebenar individu tersebut.

Menurut Faiz, Elizad juga telah membuat laporan polis serta aduan ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sebaik saja pemilik akaun itu dikenal pasti, kita akan pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Pada masa kita percaya pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang sudah dibuat.”

Terdahulu, Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil berhubung tindakan individu tersebut atas sebab penghinaan dan terlalu biadap.

Tindakan Elizad juga mendapat sokongan daripada rakan artis dan juga peminat serta pengikut media sosialnya.

BACA: “Dia Sering Solat Di Set Penggambaran..” Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Siti Elizad

The post Jejak Pengguna Facebook Zain Rashdan, Siti Elizad Ambil Tindakan Undang-Undang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments