#Hiburan: “Tak Mengapa Hilang Job..” – Ezlynn Tolak Tawaran Berlakon Jika Perlu Dedah Aurat

Walaupun sedang berdepan dengan kesukaran COVID-19, penyanyi dan juga pelakon Elzynn tidak teragak-agak untuk menolak tawaran drama yang memerlukan dirinya untuk membuka tudung.

BACA: Makin Ayu Sejak Berhijab, Rizman Doakan Isteri Terus Istiqamah Dalam Penghijrahan Baharu

Advertisement

Menurut Ezlynn, walaupun bidang seni merupakan kerjaya utamanya sejak berhijab tahun lalu, dia tetap tidak sanggup untuk mendedahkan auratnya kepada umum hanya untuk merebut peluang berlakon.

Bukan perasan bagus, saya terpaksa tolak secara baik. Saya tahu masih ada yang tak faham biarpun serkup tidak menampakkan rambut, aurat lain termasuk leher masih kelihatan.

Tak mengapa hilang job itu kerana yakin Allah akan ganti rezeki lain. Mujur mereka faham malah saya sangat hargai ingatan pihak terbabit. Andai ada tawaran lain selepas ini, saya takkan menolak jika masih boleh berhijab penuh,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

Sebelum ini, Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin membuat peminat tertanya-tanya apabila akaun Instagramnya penuh dengan hantaran mengenai keagamaan dan nasihat, manakala gambarnya ketika beliau masih tidak bertudung dipadamkan.

EzlynnSumber : Instagram Ezlynn  

 

Dahulu pernah melalui zaman berimej seksi, namun sekarang mengakui dirinya kini sedang melalui perubahan hidup secara berperingkat, bermula dengan solat lima waktu sebelum menjaga kata-kata dan gaya pemakaian.

The post “Tak Mengapa Hilang Job..” – Ezlynn Tolak Tawaran Berlakon Jika Perlu Dedah Aurat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments