#Hiburan: Kumpul Barang Bantuan Sehingga Menimbun, Dayana Roza Tegur Sikap Penting Diri Penerima Bantuan

Pelakon yang kini sarat hamil, Dayana Roza tampil memberi teguran buat sesetengah penerima bantuan yang mementingkan diri dan bersikap tamak haloba.

Ini berikutan tular beberapa foto stok makanan yang disimpan seorang wanita sehingga menimbun hasil bantuan daripada orang ramai.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Ujar Diyana, memang wujud golongan yang suka mengambil kesempatan dan tidak memikirkan orang lain.

“Kiri kanan depan belakang dia kaut. Kepada yang ambil kesempatan atas alasan ‘takda makanan’,’takda susu anak’,’anak tak makan’ tapi dalam diam dah collect banyak stok makanan tolong berhenti ya..”

Perkara tersebut diluahkan pelakon drama Ajari Playboy Itu menerusi sebuah hantaran Instagramnya untuk tatapan peminat.

Tambahnya lagi, masih ramai yang memerlukan bantuan dan terpaksa ‘ikat perut’ kerana terkesan dengan pandemik COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Dayana dalam pada itu meminta golongan seperti ini untuk memikirkan hak orang lain yang dirampas serta keberkatan rezeki yang diambil dengan sikap tamak seperti itu.

“Jangan nanti disebabkan orang-orang seperti awak, orang yang nak bagi bantuan dah tak percaya dan mereka yang betul-betul memerlukan nanti lapar tak makan, anak tak ada susu, pampers semua. Fikir sikit ye..” tulisnya lagi dalam hantaran tersebut.

BACA: Kini Sarat Hamil Lima Bulan, Dayana Roza Terus Hulur Bantuan Tak Sanggup Tengok Orang Berlapar

The post Kumpul Barang Bantuan Sehingga Menimbun, Dayana Roza Tegur Sikap Penting Diri Penerima Bantuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments