#Hiburan: Ramas Najis Di Instagram, Baby Shima Nafi Cipta Kontroversi Murahan

Penyanyi dan juga pelakon, Baby Shima tampil menepis dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia sengaja mencetuskan kontroversi murahan apabila memuat naik video memaparkan dirinya. memegang najis dalam mangkuk tandas di Instagramnya.

Meskipun video pendek itu merupakan sedutan babak dalam filem berjudul Nasi Kangkang, namun ramai peminat memberi reaksi negatif dan menganggap penyanyi dangdut itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat.

Advertisement

BACA: Buat Video TikTok Hina Dan Ejek OKU, Baby Shima Dihentam Netizen

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Kata Shima, dia tidak pernah terfikir atau merancang untuk menjadi viral kerana mahukan populariti.

“Saya pun tak pernah rancang benda ni nak viral atau tidak. Kalau benda tu viral..Alhamdullilah, cerita tersebut mampu menarik perhatian, kita tak boleh merancang kalau bab viral ni. Yang tentukan pun adalah netizen.”

Advertisement

Ketika ditanyakan mengenai babak tersebut, Shima berkata dia tidak malu untuk melakonkan aksi tersebut kerana ianya tidak salah sama sekali.

“Ala nak jijik nanti semua orang akan pegang juga bila ada bayi dan bila mak bapa kita sakit mungkin kita pegang juga. Apa-apa pun kalau nak tahu najis itu betul atau tak nanti tengok di YouTube saya ya ada disebalik tabir.” ujarnya.

Terdahulu, sedutan video tersebut merupakan sebahagian babak filem itu merakamkan aksi Shima mengambil najis untuk dijadikan resipi masakan nasi tangas yang digunakan untuk ilmu sihir menundukkan suami.

The post Ramas Najis Di Instagram, Baby Shima Nafi Cipta Kontroversi Murahan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments